Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Jamuan Akhir Tahun Asrama Villa Seri Cempaka SMK Paka

Tarikh: 14 November 2010
Tempat: Kantin Asrama, Villa Seri Cempaka

Selamat Tinggal Aspura 
& Aspuri SMK Paka.
JUMPA LAGI TAHUN HADAPAN...


Tetamu jemputan mengambil tempat
Ucapan Tuan Pengetua
Penyampaian Sijil Penghargaan
Penghuni ASPURA ceria dan gembira
Penyampaian Anugerah

                                                  

Lagi gambar-gambar eksklusif, layari Facebook SMK Paka                            

PSS SMK Paka anjur Majlis Secangkir Kasih

Tarikh: 15 November 2010
Tempat: Dewan Seri Cempaka, SMK Paka
Pengisian Program: Ucapan aluan
                              Bacaan doa
                              Ucapan Ketua Pengawas PSS
                              Ucapan Pengetua SMK Paka
                              Penyampaian Sijil Penghargaan
                              Cabutan bertuah
                              Jamuan makan

 Meriah dan menepati matlamat penganjuran. Itulah yang dapat digambarkan apabila Majlis Secangkir Kasih selesai. Penat lelah Pengawas Pusat Sumber SMK Paka berbaloi apabila majlis yang dirancang berjalan dengan baik. Menurut Nur Zakiah bt Nazuki, Ketua Pengawas PSS SMK Paka, majlis ini dirancang bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dikalangan pengawas dan guru-guru serta melahirkan penghargaan kepada pengawas sepanjang menjalankan amanah sepanjang tahun. Syabas dan tahniah pengawas PSS SMK Paka di atas penganjurannya. Semestinya, pengawas PSS mempunyai kenangan manis majlis ini untuk dikongsi bersama rakan-rakan pelajar yang lain.

Selamat Berjuang Putera Puteri SMK Paka

Majlis Redha Ilmu SPM & STPM 2010
Tarikh: 14 November 2010
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka

Ucapan Tuan Pengetua
Majlis yang berlangsung dalam suasana yang penuh harapan daripada guru kepada calon SPM & STPM 2010 dapat dilihat apabila barisan pengurusan bersungguh-sungguh menekankan kecemerlangan ketika berucap. Selepas itu, acara bersalaman menjadi tanda simbolik kepada pelajar memohon restu daripada guru mereka. Pada ketika ini, ada guru dan pelajar tidak dapat menahan air mata daripada mengalir yang diselangi dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad  s.a.w yang diketuai oleh Ustaz Mohd Zuraihi Razali.

Tekun mendengar pesanan terakhir

Mptivasi tambahan saat akhir









Acara bersalaman guru dan pelajar menimbulkan suasana emosi.

Kem Pemantapan Sahsiah Peringkat Negeri Terengganu

Tarikh: 12 & 13 November 2010
Tempat: Asrama Villa Seri Cempaka SMK Paka

Jamuan Akhir Tahun penutup aktiviti MGK

Majlis Guru dan Kakitangan SMK Paka telah menganjurkan jamuan akhir tahun kepada ahli-ahlinya sebagai simbolik kepada penutupan aktiviti bagi tahun 2010. Jamuan akhir tahun itu telah diadakan pada 11 November 2010 di Restoran Penyu. Pengerusi MGK, En. Rosli b Ismail mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang hadir dalam majlis itu dan berharap agar semua dapat mengambil peluang ini merapatkan ukhuwah di kalangan yang hadir. Rata-rata guru yang ditemui cukup berpuas hati dengan majlis yang diadakan dan berharap agar pengurusan MGK akan datang boleh menganjurkan majlis seumpama ini lagi.
Backdrop dan tayangan slaid turut menyerikan majlis tersebut
Tuan Pengetua bersama 'ayahanda' PIBG, Tn. Hj Taha
Tidak sabar menjamah makanan...

Guru yang bertukar juga turut dijemput.
*Layari Facebook SMK Paka untuk melihat gambar menarik sekitar majlis.

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP