Pasukan Kadet Polis (Perempuan) SMK Paka telah menunjukkan kehebatan di Padang SMK Sultan Omar apabila telah menjadi Johan dalam Pertandingan Kawad Kaki antara Sekolah Peringkat Daerah Dungun sempena Hari Polis yang ke 41.
Dalam pertandingan yang sama, pasukan kadet polis (Lelaki) SMK Paka telah mendapat tempat ke tiga. Kejayaan ini adalah hasil kerja berpasukan daripada para kadet, guru penasihat dan terutama sekali pegawai-pegawai polis daripada Balai Polis Paka. Pihak sekolah merakamkan sekalung ucapan tahniah daripada semua yang terlibat. Dengan kemenangan ini, kita telah meletakkan SMK Paka ke satu tahap yang disegani oleh pasukan sekolah lain dalam acara kawad kaki. Syabas!