Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Pelajar kita terus menempa nama

Susulan kejayaan cemerlang dalam Majlis Tadarrus al-Quran Peringkat Zon Paka

Inilah yang dikatakan 'Excellence For All'. Pelajar SMK bukan sahaja hebat di padang malah mampu juga meraih kemenangan dalam Majlis Tadarrus al-Quran Peringkat Zon Paka baru-baru ini di SMK Seri Rasau. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para peserta dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas kemenangan ini. Berikut merupakan senarai pemenang dalam pertandingan ini:

Johan / Tempat Pertama
Syarahan (Lelaki) - Mohamad Hafizan Hakimin bin Mahadzir
Tilawah (Lelaki) - Bunyamin bin Harun
Hafazan (Lelaki) - Bunyamin bin Harun
Tilawah (Perempuan) - Nur Sakinah bt Harun
Tempat ke-2
Hafazan (Perempuan) - Nur Sakinah bt Harun
Tempat ke-3
Syarahan (Perempuan) - Nur Afiqah Farzana bt Othman

Atlit olahraga kita hebat di MSST 2011

Atlit olahraga SMK Paka terus mengibarkan sayap kecemerlangan apabila seramai 15 orang telah mewakili Kontinjen Dungun dalam Kejohanan Olahraga MSS Terengganu Tahun 2011.
Secara keseluruhannya kontinjen Dungun telah memperolehi 7 pingat emas, 11 perak dan 11 gangsa. Daripada senarai pingat itu, atlit kita telah menggondol 3 emas dan 2 perak. Syabas di atas kejayaan ini. Warga SMK Paka amat bersyukur di atas kemenangan ini.
Berikut merupakan senarai atlit SMK Paka yang memperolehi pingat:
Pingat Emas
  1. Mohd Asyraf Hafiz B. Ismail - 5000 m jalan kaki
  2. Faiz Iqbal B. Entjep - Lontar Peluru (L 18)
  3. Mohd Zulhelmi B. Rosli - Lompat Tinggi
Pingat Perak
  1. Nurafiqah Bt. Zulkifli - Lempar Cakera (P 15)
  2. Nurul Suhada Bt. Ibrahim - 3000m Jalan Kaki

    Video Eksklusif: Latihan akhir Pasukan 'Speech Choir' SMK Paka



    Sempena
    Pertandingan 'Speech Choir' 
    Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan 
    Sekolah Menengah Daerah Dungun
    Tahun 2011

    Baris... baris sedia

    Keputusan Penuh 
    Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform SMK Paka
    Tahun 2011

    Tarikh: 13 April 2011 (Rabu)
    Masa: 8.00 pagi
    Tempat: Dataran KEJAT SMK Paka

    KATEGORI PASUKAN GO
    Johan : Pasukan Kadet Polis Perempuan
    Naib Johan : Pasukan Kadet Remaja Sekolah Perempuan
    Tempat ke-3 : Pasukan Kadet Bomba Lelaki
    Saguhati : Pasukan Kadet Bomba Perempuan
                   Pasukan Kadet Polis Lelaki
                   Pasukan Kadet Remaja Sekolah Lelaki

    KATEGORI NGO
    Johan : Pasukan Pergerakan Puteri Islam Malaysia
    Naib Johan : Pasukan Renjer & Pandu Puteri
    Tempat ke-3 : Pasukan Pengakap Perempuan
    Saguhati : Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia Perempuan
                   Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia Lelaki
                   Pasukan Pengakap Lelaki

    KETUA PLATUN TERBAIK KATEGORI GO - Pasukan Kadet Polis Lelaki
    KETUA PLATUN TERBAIK KATEGORI NGO - Pasukan Pengakap Perempuan





    *** Saksikan video eksklusif Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform SMK Paka pada entry yang akan datang... Tunggu ye!

    Imbasan Gambar Solat Hajat Kecemerlangan PMR, SPM dan STPM Siri 1

    Tarikh: 7 April 2011
    Hari: Khamis
    Tempat: Surau al-Hidayah, SMK Paka
    Pelajar dan ibu bapa mengesahkan kehadiran di meja pendaftaran
    Kelihatan tuan pengetua turut hadir di dalam majlis yang dianjurkan
    Para jemputan dan pelajar bersiap sedia untuk solat
    Jemaah tekun mendengar tazkirah pendek yang disampaikan oleh tuan pengetua
    Para ibu bapa bersalaman selepas selesai acara
    Ayahanda PIBG bersama ibu bapa menjamah juadah yang disediakan

    Tinjauan Undian: Johan Kawad Kaki Peringkat Sekolah

    PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH
    TAHUN 2011
    Sekadar gambar hiasan





    Facebook SMK Paka

    Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
    penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

      © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP