Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

SMK Paka jayakan larian 1M1S1M dalam Malaysia Book Of Records

Tarikh: 2 Julai 2011
Tempat: SMK Paka
Aturcara Majlis:
6.30 pagi - Pendaftaran peserta
7.20 pagi - Bacaan Doa
7.30 pagi - Nyanyian lagu 1Murid 1Sukan 1Malaysia
7.40 pagi - Senamrobik
7.45 pagi - Larian serentak 1M1S1M
                  Aktiviti sukan
( Bola Tampar, Pentaque, Explorace, Bola Jaring, Tarik Tali)

'Banner' peringkat kebangsaan

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua warga SMK Paka yang telah menjayakan larian serentak ini. Pastinya semua peserta menjadi sebahagian daripada 4 juta murid menjayakan larian ini dan ianya bakal menjadi catatan dalam Malaysia Book Of Records. Melihat kesungguhan warga SMK Paka yang tiba seawal 6.30 pagi, cukup menunjukkan komitmen tinggi di dalam membangunkan modal insan dan meningkatkan kecergasan.
Setelah melalui proses pendaftaran dan pembahagian nombor peserta, peserta diajak menyanyikan lagu tema larian serentak 1M1S1M bersama-sama. Nyanyian yang penuh semangat itu disusuli dengan aktiviti senamrobik.
Seterusnya, larian serentak 1M1S1M dilepaskan dan peserta menunjukkan sikap yang positif sepanjang larian berlangsung. Sesungguhnya SMK Paka berada di landasan yang tepat ke arah kecemerlangan sukan.

Warna warni larian 1M1S1M

Khas untuk para pelajar: 10 sebab Untuk Jauhi Dadah

Berikutan dengan pengumuman Global Commission on Drug Policy yang menyerah kalah dalam memerangi dadah, berikut adalah 10 sebab untuk menjauhi dadah.
  1. Hukum. Sesungguhnya dadah diharamkan Allah swt.
  2. Kesihatan: Dadah seperti marijuana, kokain dan lain-lain meninggalkan kesan BURUK kepada kesihatan. Malah ia boleh membawa maut. Tambah pula dengan tabiat penagih dadah yang tidak menjaga kesihatan, malas bersenam dan lain-lain.
  3. Sakit mental. Penyakit mental lebih tinggi untuk penagih dadah. Depresi yang berterusan dan kerosakan kepada otat dan sistem saraf hasil dari pengambilan dadah adalah punca utama.
  4. Masa. Kegiatan mengambil dadah bukan sahaja membuang masa dan membahayakan anda, malah ia boleh merosakkan kehidupan anda di dunia ini. Lagi-lagi sekiranya anda perlu meluangkan masa di pusat-pusat pemulihan dan penjara.
  5. Keluarga. Dadah adalah punca pecah-belai keluarga. Penagih dadah kerap menjadi beban kepada keluarga tersayang - mencuri duit, sakit depresi, sakit mental dan lain-lain tabiat yang berpunca dari pengambilan dadah merosakkan institusi keluarga.
  6. Kerjaya. Penagih dadah tiada fokus kerjaya. Dadah adalah fokus mereka. Ramai dibuang kerja disebabkan penyalahgunaan dadah. Adakah anda ingin membuang kerjaya dan keluarga anda demi dadah?
  7. Kawan-kawan. Penagih dadah hidup keseorangan kerana mereka kehilangan keluarga, kawan-kawan yang tidak ingin terlibat sama dengan kegiatan terkutuk itu. Lama-kelamaan, penagih dadah akan mencari sesama dan terus merosakkan jalan kehidupan merakan.
  8. Depresi. Dadah tidak membawa kegembiraan. Penggunaan dadah yang berterusan akan jadikan penggunanya berasa murung, sedih dan hilang semangat. Depresi itu lama-kelamaan boleh membawa masalah lain seperti penyakit mental dan maut!
  9. Duit. Ia tidak menguntungkan sesiapa. Dadah adalah satu pembaziran duit yang amat tinggi. Tambah pula apabila penagih kehabisan duit, mereka akan melakukan apa sahaja untuk melayan penagihan mereka - curi, peras ugut, pinjaman dan lain-lain.
  10. Maut. Dadah membawa maut melalui pelbagai cara - serangan jantung, kemalangan, bunuh diri, over-dose dan lain-lain.
Dipetik oleh laman web iluvislam

Mencari titik Kejayaan

Majlis Temu Murni SMK Paka berlangsung dengan jayanya




Lensa Kamera hari tersebut:


Sesi Penggambaran Majalah bermula

Sila semak jadual penggambaran Majalah Cempaka Edisi 2011


Mendidik pelajar menjaga gigi dengan baik

Ceramah Kesihatan Pergigian
Tarikh: 22 Jun 2011
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka

Ceramah disampaikan oleh Doktor Pergigian Klinik Kesihatan Paka



Tekun mendengar bagaimana menjaga gigi dengan baik

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP