Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Video eksklusif oleh River Ranger SMK Paka sempena pameran Jambori River Ranger Malaysia 2011

Video bertajuk Sungai Paka: Hari ini dan Masa Depan oleh River Ranger SMK Paka telah ditayangkan di ruang pameran JPS Terengganu sempena Jambori River Ranger Malaysia 2011.


Ucapan Tuan Pengarah JPN Terengganu sempena kunjungan singkat ke SMK Paka

Dipetik dari laman blog Ustaz Muhd Zuraihi bin Razali. Terima kasih...  Blog Ustaz Muhd Zuraihi juga memuatkan gambar eksklusif sempena kunjungan Tuan Pengarah JPN Trg ke SMK Paka.

Majlis Hari Raya Pengawas SMK Paka meriah

MAJLIS HARI RAYA DAN SAMBUTAN HARI LAHIR BADAN PENGAWAS SMK PAKA 2011

Tarikh: 28 September 2011
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Seri Cempaka, SMK Paka
Aktiviti: Ucapan Wakil Pengawas
             Ucapan Tuan Pengetua SMK Paka
             Penyampaian Cenderahati Hari Lahir
             Bacaan Doa
             Jamuan Makan

Rahsia Kalkulator Saintifik didedah

Taklimat Penggunaan Kalkulator Saintifik Kepada Pelajar Tingkatan 4 mencapai matlamat

Tarikh: 27 September 2011

Masa: 12.40 tgh hingga 2.00 petang

Tempat: Makmal Cyber 2, SMK Paka

Anjuran: Panitia Matematik



Tekun mendengar taklimat disampaikan

Ketua Panitia turun padang memberi penerangan kepada pelajar

Teori disertakan dengan praktikal penggunaan kalkulator

Begitu asyik menggunakan kalkulator

Lensa kamera River Ranger SMK Paka di Jambori River Ranger Malaysia 2011

Kunjungan singkat Tuan Pengarah JPNT pendorong motivasi warga SMK Paka

Tarikh: 20 September 2011
Tempat: SMK Paka
Masa: 7.30 pagi


Warga SMK Paka menerima kunjungan singkat En. Razali bin Daud, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu ke SMK Paka. Warga SMK Paka juga cukup bertuah apabila Tuan Pengarah telah memberikan ucapan berbentuk motivasi kepada para pelajar dan warga sekolah terutama bakal calon peperiksaan untuk menghadapi peperiksaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Kunjungan singkat selama 30 minit ini daripada Tuan Pengarah sangat dialu-alukan oleh warga sekolah dan ia  sememangnya menjadi motivasi tambahan dalam mengejar kecemerlangan pendidikan di negeri Terengganu.

Mengabadikan nama di dalam Buku Pelawat SMK Paka
Selamat Jalan Tuan..
 
Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
menjadi kenangan sepanjang zaman
 
Pohon selasih di dalam kolam
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi tuan menjadi kenangan
 
*Nantikan video ucapan Tuan Pengarah JPN Terengganu

Pasukan River Ranger SMK Paka harumkan nama Terengganu di peringkat kebangsaan

Jambori River Ranger Malaysia 2011

Tarikh: 23 hingga 25 September 2011
Tempat: Permata Resort Camp, Melaka
Anjuran: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

Ahli River Ranger SMK Paka bergambar kenangan bersama pengurusan SMK Paka

Pasukan River Ranger SMK Paka telah dipilih mewakili negeri Terengganu ke Jambori River Ranger peringkat kebangsaan 2011. Pasukan River Ranger SMK Paka yang dianggotai oleh pelajar Tingkatan 4 telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan negeri Terengganu apabila salah seorang daripada peserta River Ranger SMK Paka telah muncul Peserta Terbaik Keseluruhan (perempuan) Jambori River Ranger Malaysia tahun 2011.

Warga SMK Paka mengucapkan sekalung tahniah kepada adik Khadijah Nadiah Bt Abd Raman (4 Bestari) yang muncul Peserta Terbaik Keseluruhan (perempuan) menewaskan peserta lain dari seluruh Malaysia. Kehebatan Khadijah begitu terserlah apabila pihak RTM yang membuat liputan telah menemuramah beliau sewaktu menjalankan modul River Ranger di Sungai Siput. Khadijah juga telah menyampaikan pidato berkenaan 'Pencemaran Sungai' di dalam slot Speakers Corner di depan VVIP pada majlis Perasmian Penutup Jambori tersebut. Ucapan tahniah juga ditujukan kepada ahli River Ranger SMK Paka yang lain kerana telah menunjukkan semangat dan kualiti terbaik sepanjang jambori berlangsung.


Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu kerana telah memberi peluang dan sokongan padu dalam memperoleh kejayaan yang bermakna ini.


Syabas ahli River Ranger SMK Paka!
Teruskan kecemerlangan...

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP