Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Pasukan Bola Tampar Perempuan SMK Paka Hebat

Muncul Naib Johan Daerah Dungun di Kejohanan Bola Tampar MSS Dungun Tahun 2012





Melatih Pelajar Memimpin Perhimpunan Unit Beruniform

 KURSUS KEPIMPINAN UNIT BERUNIFORM SMK PAKA
 Tarikh     : 12 Februari 2012
Tempat   : Dewan Seri Gemilang, SMK Paka 



MyCyber SMK Paka bersama PJK Kampung Limbong Jayakan Program Celik Digital

Tarikh   : 2, 8, 16 Februari 2012
Tempat : MyCyber 1, SMK Paka
Aktiviti  : Modul 1 - Pengenalan Komputer (MS Word, MS Excel, MS Power Point)
               Modul 2 - Pemasangan Perkakasan Komputer
               Modul 3 - Penyuntingan Imej





Lensa Kamera: Mesyuarat Kecemerlangan SPM SMK Paka

Tarikh     : 5 Februari 2012
Tempat   : Bilik Mesyuarat Seri Menanti, SMK Paka
Agenda  : Post Mortem Markah Akhir Tahun 2011
                Laporan Aktiviti Program Kecemerlangan 2011
                Perancangan Aktiviti Program Kecemerlangan 2012

Menghayati Peribadi Mulia Rasul Junjungan SAW Sempena Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah anjuran Unit Penghayatan Islam telah diadakan di Dewan Seri Gemilang, SMK Paka pada 7 Februari 2012.

Sambutan Maulidur Rasul ini merupakan program tahunan sekolah yang diadakan bagi memperingati hari keputeraan junjungan besar Rasulullah S.A.W. dan menghayati perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar Islam.
Selain itu, program ini juga diadakan bagi menggalakkan para pelajar supaya menghayati perjuangan Baginda dengan meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan, bersatupadu memupuk ukhuwwah Islamiyyah di samping mencipta kegemilangan dan ketamadunan masyarakat Islam mengikut arus perkembangan semasa secara seimbang.




Mendidik Pelajar SMK Paka Menyelamatkan Alam Sekitar

Kerjasama Dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Cawangan Dungun (PPSPPA) Menghasilkan Impak Yang Positif

Tarikh    : 14 Februari 2012
Tempat  : Stor Kitar Semula, SMK Paka



Pelajar Tingkatan 6 Terima Baucar Buku 1Malaysia

Berita baik buat pelajar-pelajar Tingkatan 6 apabila masing-masing telah menerima baucar buku tersebut daripada En. Abdul Razak bin Husain (GPK Tadbir dan Kurikulum SMK Paka). Di dalam majlis tersebut, pelajar-pelajar yang menerima baucar diingatkan supaya tidak menyalahgunakan pemberian tersebut. Sebaliknya baucar tersebut perlu digunakan sebaiknya untuk meningkatkan kecemerlangan akademik.



TARIKH KEPUTUSAN SPM 2011

Berita yang dinanti-nantikan buat calon SPM 2011 SMK Paka khususnya dan calon SPM seluruh Malaysia amnya, tarikh keputusan SPM dijangka akan diumumkan pada 22 Mac 2012 (Khamis) menurut sumber yang dinyatakan di dalam akhbar mStar Online bertarikh 27 Januari 2012.



Petikan mStar Online :

BERITA    Jumaat Januari 27, 2012

PETALING JAYA: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijangka akan diumumkan pada 22 Mac ini.
"Tarikh berkenaan ada dalam kalendar pengurusan kementerian, namun Majlis Peperiksaan Malaysia akan putuskan tarikh rasminya nanti," kata pegawai Kementerian Pelajaran di sini, Khamis.
Sejumlah 468,808 calon menduduki peperiksaan SPM di 3,533 pusat seluruh negara antara 14 November hingga 14 Disember tahun lalu.
Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud sebelum ini berkata keputusan peperiksaan SPM 2010 merupakan yang terbaik dalam tempoh empat tahun.
Jangkaan itu dibuat berdasarkan sistem penggredan di mana 363 calon daripada sekolah kerajaan dan 40 lagi pelajar daripada sekolah swasta dan calon swasta mendapat A+ bagi kesemua subjek berbanding hanya 214 calon pada 2009.

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP