Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon  boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

  Sumber: Laman web Kementerian Pelajaran Malaysia

PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN PEPERIKSAAN SPM DAN SPMU TAHUN 2012



Dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran calon persendirian bagi Peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) dan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU) tahun 2012 adalah pada 1 hingga 31 Mac 2012.

Pendaftaran hendaklah dibuat di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat. Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat
http://www.moe.gov.my/lp.

Calon diingatkan supaya mematuhi tarikh yang ditetapkan kerana permohanan lewat tidak akan dilayan.


Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
28 Februari 2012

SIDANG AKHBAR SEMPENA PENGUMUMAN KEPUTUSAN STPM 2011

Pihak Jabatan ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua calon yang telah mencapai kejayaan dalam peperiksaan ini.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah juga kepada semua pengetua, guru, warga sekolah, warga JPNT, warga PPD dan ibubapa yang telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negeri Terengganu Daru lIman.

Tidak dilupakan rakaman terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Terengganu atas sumbangan, kerjasama dan komitmen yang tinggi kepada JPNT.
JPNT percaya dengan komitmen yang tinggi, semangat permuafakatan dan sokongan semua pihak, prestasi STPM tahun akan datang insyaAllah akan terus menunjukkan peningkatan.
Sekian, terima kasih.

Sila Klik untuk Pengumuman Keputusan STPM 2011.

Dipetik dari laman web Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Cenderahati Kitar Semula daripada PPSPPA

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru yang terlibat di dalam aktiviti Kitar Semula SMK Paka yang dianjurkan oleh PPSPPA Cawangan Dungun. Baru-baru ini, sebagai menghargai sumbangan pelajar di dalam menjaga alam sekitar, pihak PPSPPA telah memberikan cenderahati kepada beberapa pelajar dan guru yang bertuah mencatat jualan tertinggi aktiviti Kitar Semula yang dijalankan.
Program Bank Kitar Semula masih lagi berjalan, ayuh kita sertainya....



KITA PERTAHANKAN KEJUARAAN MSSD 2012

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua atlit bertanding dan kejayaan ini pastinya meletakkan SMK Paka sebagai sekolah yang cemerlang dalam bidang sukan.
'EXCELLENCE FOR ALL'
 




 

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP